KKTM Masjid Tanah mula beroperasi 2 Jun 2008. Sebelum ini dikenali sebagai KKTM Alor Gajah dan pada 1 September 2009 telah ditukar kepada KKTM Masjid Tanah. Kolej ini berada dalam lingkungan Koridor Ilmu di daerah Alor Gajah yang menempatkan beberapa buah institusi pengajian tinggi yang lain. Berkeluasan 70 ekar dan berupaya menampung sehingga 1400 orang pelajar dengan kemudahan prasarana yang lengkap.