Assalamualaikum wbt. Salam dan salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. kepada keluarga serta para sahabat baginda dan kepada segenap kaum Muslim yang telah berjuang menegakkan agamaMu.  

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan  limpah kurnia dan keizinanNya dapat saya menyampaikan perutusan sempena tahun 2017 ini.

Memasuki  tahun baharu ini, besar harapan saya agar tahun 2016 akan memberikan kejayaan besar kepada KKTM Masjid Tanah dalam menongkah cabaran berliku di zaman yang serba sofistikated ini. Walau bagaimanapun, harapan dan doa yang kita hajati tidak akan terlaksana sekiranya ia tidak disusuli dengan kerjasama sepakat, usaha dan tindakan pelaksanaan yang baik . Untuk itu satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi merealisasikan kejayaan yang ingin dicapai .

Saya begitu yakin yang kita mampu menjadikan KKTM Masjid Tanah sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah turut menitikberatkan aspek social bagi keseimbangan pelajar dalam merentas arus masa menerusi program-program modal insan yang diterapkan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan syabas kepada semua warga KKTM Masjid Tanah, Melaka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menggerakkan transformasi MARA selaras dengan peranan MARA sebagai sebuah agensi perubahan sosiolekonomi.

 

Sekian,terima kasih.

 

 

Haji Azman Bin Ali

Pengarah KKTM Masjid Tanah