
PERUTUSAN PENGARAH
Selamat datang ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah, Melaka.Merupakan sebuah kolej yang menawarkan khusus dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Bahan dan Kejuruteraan Automotif .
Transformasi Pendidikan dalam TVETMARA terutamanya di MARA bertujuan untuk menghasilkan pekerja mahir yang diperlukan oleh industri serta menjadi pengubah teknologi dengan semangat dan nilai keusahawanan yang tinggi.
Selaras dengan era golabalisasi dan dalam memenuhi keperluan industri negara yang memerlukan tenaga mahir dan separa mahir yang ramai, maka institusi teknikal dan vokasional (TVET) telah melalui era transformasikan dari segi penyampaiannya bagi mempertingkatkan tarikan kepada para pelajar lepasan SPM sebagai laluan pendidikan pilihan utama bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya.
Selamat menjadi mahasiswa dan mahasiswi KKTM Masjid Tanah semoga kita akan beroleh kejayaan demi agama, bangsa dan tanah air.